Selasa, 8 Januari 2013

Latihan 2

Arahan: Baca pantun empat rangkap di bawah kemudian senaraikan nilai murni yang terdapat dalam pantun tersebut.

Enak nian air kelapa,
        Penawar sakit mujarab sekali;
Kebudayaan asal tidak dilupa,
        Kebudayaan nasional mereka banggai.

Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu

Tuan Puteri dari kayangan,
        Senyuman manis seperti madu;
Bermacam-macam keturunan bukan halangan,
       Untuk membina bangsa yang padu

Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratus relung;
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.
  

Sila buat latihan dalam buku latihan dan hantar kepada Cikgu Ayu pada hari Jumaat 11.1.2013.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan